Rabu, 26 Ogos 2015

testimoni sendiri ubat mederma,dermatix Dan azanis scar serum


Review ubat mederma,dermatix Dan azanis scar serum..

hari nie aku rajin nak menaip tapi yang sbenarnya aku tengah bosann..haha😂
Ok berbalik kepada tajuk yang Kat atas tu..hari ini aku nak share sikit pasal ubat yang aku guna untuk hilangkan parut tegar ..almaklumlah masa kecil aku memang budak tak pandai duduk diam panjat sini sanaa..jadi parut pun sini Sana juga,waktu kecil aku xkesah sangat dengan parut2 nie,yela waktu tu budak lagi mana tau pape..tapi bila da remaja nie rasa malu tu mulai timbul..haiyoyoo

MEDERMA
Rm43.50
Beli Kat watson

inilah ubat pertama yang aku guna untuk menghilangkan parut aku nie..ubat nie mempunyai tekstur gel yang ringan, xberminyak, lutsinar Dan wangi juga..cara guna,hanya perlu sapu Kat tempat yang berparut 2kali sehari Secara membulat..tapi aku nie jenis xsabar nak tengok hasilnya jadi setiap 2jam aku sapuuu..hahaah😂..jadi hasilnya hanya sedikit perubahan saja,maybe sebab parut aku nie parut yang lama jadi kesan dia lambat kott..oh Lupe nak gitaw parut aku jenis parut timbul..hehe

Dermatix
Rm69.80
Beli Kat watson

Oleh sebab mederma memberi kesan lambat Kat parut aku jadi aku tukar ke ubat yang lain iaitu dermatix.Cara pakai sama macam mederma..tekstur gel lutsinar Dan pekat..rasanya ubat ini juga memberikan kesan yang sedikit lambat Kat parut aku..tapi aku nampak parut aku Ada sedikit flat juga..

Azanis scar serum
Rm56.90
Beli dekat kedai mazuin

Dan sekali lagi aku bertukar ke ubat baru sebab terpegaruh iklan Kat TV..hahaha iaitu ubat azanis scar serum yang tengah meletop sekarang nie..tekstur cecair pekat Dan lutsinar Dan ia dalam botol kecil..Cara pakai still sama dengan mederma Dan dermatix..
Masih dalam pemakaian 4minggu jadi belum nampak kesan sangat..

Jadi inilah ubat2 yang aku DA guna untuk hilangkan parut..terpulang Kat korang nak Cuba yang mana 1..tapi jangan jadi macam aku suka tukar2 ubat..hahaa😂 just stick on one produk only ok..
Jadi semoga korang xbosan baca karangan aku nie😂😂..hahaha



Khamis, 9 April 2015

pengalaman menggunakan kulit kayu manis

Pengalaman menggunakan kulit kayu manis

Hari nie nak cerita sikit pasal sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai kulit kayu manis atau nama saintifiknya cinnamomum zeylanicum.seperti yang korang tahu kulit kayu manis nie banyak digunakan dalam masakan..Haaa..

Selain untuk masakan ia juga boleh diletakan dekat kulit.terutama pada tempat yang berparut Dan berjerawat.wuuU..bila nampak Jew statement macam nie dengan hati yang ingin tahu dan ingin kulit yang cantik aku pun try lah benda tu..Dan disinilah bermulanya kisah yang tragis..sob2(T^T)..sedihnya..

Ok begini ceritanya,masa tu aku tengah bosan gileee=_=""..dalam bosan2 tu aku pun gunalah si en.Google nie,masa tengah mengoogle tu aku tertarik dengan petua2 lama nie dengan statement yang boleh menghilangkan jerawat lah,yang boleh menghilangkan parut lah Dan banyak lagilah..

Yelah aku nie kan perempuan sifat ingin cantik tu naturalnya ada..he he..jadi aku pun Cuba lah petua yang menggunakan kulit kayu manis tu yang konon2nya boleh menghilangkan jerawat Dan parut..

Dengan rasa berkobar2(hahaha..macam p berperang)aku pun menyelongkar lah dapur tu macam tikus cari makanan,habis bersepah..cari punya cari akhirnya dapat juga benda nie..huhhh..lepas tu aku pun dengan rajinnya menghancurkan benda tu menggunakan lesung batu dengan sepenuh hati jiwa Dan raga..chewahh..hahaha..

Lepas kulit kayu manis tu hancur macam serbuk aku pun mencampurkannya dengan bedak sejuk Dan air macam yang dalam petua tu suruh..dengan harapan supaya muka cantik Dan mulus aku pun letaknya dekat muka Macam mask..

Mula2 letak benda tu kulit muka rasa pedih sangat2,tapi dengan tabahnya aku tahan demi nak cantik..Lol...sebenarnya aku tak lah tabah sangat..he he..tak lama tu aku pun cuci muka,masa tengok dekat cermin tu kulit muka aku merah sangat2 macam terbakar..sob2

Keesokan harinya aku terkejut tengok kulit muka aku dekat cermin,kulit aku jadi merah bengkak,gatal yang teramat sangat dan kat kulit nie ada biji2 yang dalamnya ada air..OMG!!!!macam nak pengsan nampak muka nie..kulit muka terasa macam kulit kodok,nak nangis pun da tak ada guna lagi..

Malunya!!
Dengan rasa sedih macam tu aku sekali lagi Google cara pulihkan kulit aku yang macam kulit kodok nie dengan menggunakan lidah buaya tapi kulit jadi gatal pulakkk!!oh tidakkkkkk!!terukkk

Dari hari itu aku da takut nak try apa2 petua lagi..aku hanya guna ais batu jew bagi hilangkan gatal2 kat muka nie bila malam aku letak bedak Sejuk..berminggu2 juga nak pulihkan muka aku balik..syukur lah muka aku da jadi normal balik sekarang..

Lepas kejadian itu aku jadi lebih berhati2 dengan petua2 nie..tak nak pisang berbuah 2kali..he he he..

Jumaat, 3 April 2015

tentang perempuan yang lelaki perlu tahu..


Haaaa..nie nak cerita sikit tentang perempuan..jadi lelaki2 sekalian dengar baik2,maybe ini boleh membantu korang lebih berhati2 bila berbicara dengan perempuan nie..hahaha..:p..OK2 kita mula sekarang..

  • Jangan sesekali ceritakan betapa cantiknya,baik atau apa2 tentang bekas kekasih yang dulu..perempuan tak suka!!bagi penampo nak!
  • Perempuan nie jenis yang sangat teliti,jadi jangan sesekali tersasul atau terlepas cakap..nanti tak pasal2 ada yang merajuk,sensitive sangat..
  • Perempuan sangat suka benda2 yang cantik2,berkilau2 lip lap lip lap..Dan wangi-wangian..jadi boy pastikan korang mandi dulu sebelum keluar nanti tak pasal2 ada yang pengsan masuk hospital..haha
  • Kelemahan perempuan adalah perempuan lain.ini kerana mereka cepat merasa iri hat I.
  • Perempuan yang jual mahal nie selalunya setia.
  • Perempuan cuma nak lelaki yang dia sayang"fight" untuk dia.ini buatkan dia percaya yang korang mahukan relationship nie lebih Dari yang dia nak..
  • Perempuan sukakan pujian.
  • Lelaki kena tahu perempuan takkan marah Tampa sebab, takkan menangis tanpa sebab,takkan merajuk Tanpa sebab..semuanya bersebab,ingat perempuan nie takde keje lain keww..yang gedik tu lainlah..:p
  • Perempuan mudah jatuh cinta apabila seorang lelaki itu selalu ambil berat tentang dia.
  • Perempuan kalau tak dipujuk dia marah.bila dipujuk dia semakin merajuk.dia sebenarnya nak tengok sejauh mana korang boleh tahan..boy tolong fahami perempuan..
  • Perempuan mempunyai sifat manja .
  • Perempuan benci lelaki yang suka bagi harapan..korang ingat perempuan nie takde perasaan Kew!!
  • Perempuan selalu setia.
  • PEREMPUAN AKAN MULA BERHARAP BILA HATINYA DISENTUH SESEORANG DAN AKAN MULA MENANGIS BILA ORANG YANG MENYENTUH HATINYA TIBA2 BERUBAH!!
  • Perempuan sukakan pujian.
  • Perempuan take suka lelaki yang hisap ROKOK sebab perempuan tak nak orang yang dia sayang mati sebelum dia.nanti dia akan kesunyian.
  • Jawapan mereka dimulut Dan hati adalah beza.
  • Jangan buat perempuan bad mood bila diorang datang bulan..perang besar nanti..
  • Berat badan sangat penting bagi perempuan .
  • Bila perempuan give up or move on bukan sebab dia tak sayangkan korang.tapi dia cuma penat dikecewakan Dan fikir yang Korang tak pernah kesah pasal dia.
Perempuan suka lelaki yang bersikap melindungi tapi jangan terlalu sampai mengongkong.

OK dah2..sebenarnya banyak lagi tapi tangan nie dah lenguh menaip..hohoho..jadi wahai lelaki tolong faham hati perempuan nie..jaga hati nya jika korang sayangkan dia..
XOXO:*

Melebatkan bulu mata dengan variable Y..


VARIABLE Y..<3

Siapa di sini nakkan bulu mata yang panjang,lebat,Hitam tanpa pakai mascara atau bulu mata palsu tu tapi yang ORIGINAL..angkat tangan!!hahaha..mesti korang nakkan??terutama sekali kaum perempuan nie..he he..

Jadi dengan adanya Variable Y nie bulu mata yang korang idam- idamkan tu boleh jadi kenyataan!!amazing!!>o<jadi tunggu apa lagi try lah cepat2..

VARIABLE Y
Variable y nie adalah sejenis serum yang boleh membantu bulu mata panjang,lebat Dan Hitam..ia diformula Dari Ramuan semulajadi yang antara nya minyak zaitun!

Cara memakainya pun mudah saja,hanya sapu pada bulu mata 2 Kali sehari pagi dan malam seperti korang memakai mascara,untuk kesan yang cepat korang boleh guna 3-4 kali sehari..Dan lihat pertumbuhan Dan pemanjangan bulu mata baru dalam masa 7-15 hari!!wow!!

Selepas memakai Variable Y nie korang masih boleh pakai mascara TAPI kena tunggu gel Variable Y tu kering barulah sapu mascara..

Sesuai digunakan oleh lelaki Dan perempuan.haa..bukan perempuan Jew yang boleh lebatkan bulu mata nie lelaki pun boleh,waaa..menggoda gitu..hehe,Dan ia mudah dicuci..

NOTED!
Elakkan gel variable Y termasuk ke dalam mata,cuci dengan air bersih sekiranya ia terjadi.

#VARIABLEY

PM CEPAT2 SELAGI STOCK MASIH ADA!!!