Rabu, 26 Ogos 2015

testimoni sendiri ubat mederma,dermatix Dan azanis scar serum


Review ubat mederma,dermatix Dan azanis scar serum..

hari nie aku rajin nak menaip tapi yang sbenarnya aku tengah bosann..haha😂
Ok berbalik kepada tajuk yang Kat atas tu..hari ini aku nak share sikit pasal ubat yang aku guna untuk hilangkan parut tegar ..almaklumlah masa kecil aku memang budak tak pandai duduk diam panjat sini sanaa..jadi parut pun sini Sana juga,waktu kecil aku xkesah sangat dengan parut2 nie,yela waktu tu budak lagi mana tau pape..tapi bila da remaja nie rasa malu tu mulai timbul..haiyoyoo

MEDERMA
Rm43.50
Beli Kat watson

inilah ubat pertama yang aku guna untuk menghilangkan parut aku nie..ubat nie mempunyai tekstur gel yang ringan, xberminyak, lutsinar Dan wangi juga..cara guna,hanya perlu sapu Kat tempat yang berparut 2kali sehari Secara membulat..tapi aku nie jenis xsabar nak tengok hasilnya jadi setiap 2jam aku sapuuu..hahaah😂..jadi hasilnya hanya sedikit perubahan saja,maybe sebab parut aku nie parut yang lama jadi kesan dia lambat kott..oh Lupe nak gitaw parut aku jenis parut timbul..hehe

Dermatix
Rm69.80
Beli Kat watson

Oleh sebab mederma memberi kesan lambat Kat parut aku jadi aku tukar ke ubat yang lain iaitu dermatix.Cara pakai sama macam mederma..tekstur gel lutsinar Dan pekat..rasanya ubat ini juga memberikan kesan yang sedikit lambat Kat parut aku..tapi aku nampak parut aku Ada sedikit flat juga..

Azanis scar serum
Rm56.90
Beli dekat kedai mazuin

Dan sekali lagi aku bertukar ke ubat baru sebab terpegaruh iklan Kat TV..hahaha iaitu ubat azanis scar serum yang tengah meletop sekarang nie..tekstur cecair pekat Dan lutsinar Dan ia dalam botol kecil..Cara pakai still sama dengan mederma Dan dermatix..
Masih dalam pemakaian 4minggu jadi belum nampak kesan sangat..

Jadi inilah ubat2 yang aku DA guna untuk hilangkan parut..terpulang Kat korang nak Cuba yang mana 1..tapi jangan jadi macam aku suka tukar2 ubat..hahaa😂 just stick on one produk only ok..
Jadi semoga korang xbosan baca karangan aku nie😂😂..hahaha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan